Image hosted by Photobucket.com

Waktu Malaysia
   

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28










If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, June 24, 2006
Asbabul Wurud - 1

: ʿ

 

"Aku nanti akan datang ke sebuah pintu syurga pada hari kiamat mohon agar pintu itu dibuka, maka akan berkatalah seorang penjaga: "Siapa kamu?", Aku menjawab: "Muhammad". Penjaga itu akan berkata: "Demi sesungguhnya aku diperintah agar tiak membukanya untuk siapapun sebelum engkau".

 

Diriwayatkan oleh : Imam Ahmad dan Muslim dari Anas bin Malik. Hadith ini bahagian terakhir dari  "Hadith Syafa^at" yang secara lengkap ditulis Imam Ahmad dalam "Musnad"nya. Menurut al Bulqaini, Hadith Syafa^at merupakan sababul wurud dari hadis yang berbunyi : "Aku pengulu anak-cucu Adam"

 

Sababul Wurud:

Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam "Tarikh"-nya dari Ibnu ^Abbas sebagaimana diungkapkan dalam kitab Jami^ul Kabir, bahawa RasuluLLah telah bersabda "Sesungguhnya Allah telah memilih aku di antara tiga ekalurga rumahku bagi seluruh umatku yakni : aku pengulu ketiganya dan pengkulu anak-cucu Adam pada hari kiamat dan hal ini tidak menjadi kebanggaan bagiku. Allah telah memilih aku, Ali bin Abi Thalib, Hamzah bin ^Abdul  Muthalib dan Ja^far bin Abu Thalib, ketika kami sedang tidur  di Abthah dengan hanya berselimut baju masing-masing. Ali disebelah kananku, Ja^far di sebelah kiriku dan Hamzah di dekat kakiku. Tiba-tiba aku terbangun oleh kepakan sayap malaikat. Dia adalah Jibril bersama tiga malaikat lainnya. Salah seorang di antara mereka bertanya: "Hai Jibril kepada siapa di antara keempat orang ini engkau diutus?" Maka Jibril menyentuh aku dengan kakinya seraya berkata: "Kepada orang ini, dia pengulu anak-cucu Adam". Kembali malaikat itu berkata: "Siapa dia?". Jawab Jibril "Dia Muhammad bin ^Abdullah, penghulu seluruh Nabi, Dan ini Ali bin Abu Thalib dan yang ini Hamzah bin ^Abdul Muthalib penghulu syuhada kemudian yang ini adalah Ja^far yang akan diberi dua sayap untuk terbang dalam syurga sehendaknya".

 


Posted at 11:47 pm by jundullah
Make a comment  

Monday, November 14, 2005
Hadis Dhoif

Meriwayat Hadis Dhoif.[1]

Para ulama hadis bersikap tegas dalam meriwayatkan hadis-hadis hukum. Walau bagaimanapun mereka mengambil sikap yang lebih longgar dalam meriwayatkan hadis-hadis targhib (galakan) dan tarhib (menakut-nakutkan). Al-Khatib al-Baghdadi menegaskan:[2]

Telah diriwayatkan daripada beberapa orang salaf bahawasannya tidak harus mengambil hadis-hadis yang berkaitan halal dan haram melainkan daripada perawi yang bersih daripada sebarang tuduhan (sebagai pendusta) dan jauh daripada prasangka (sebagai orang yang tidak adil). Manakala hadis galakan     ()  , menakut-nakutkan ()  dan keistimewaan () , maka sedikit sebanyak di beri kelonggaran.

Kenyataan tersebut disokong oleh beberapa ulama terkemuka. Antaranya ialah Sufyan al-Thauri yang menegaskan:[3]

Janganlah kamu mengambil ilmu ini (hadis) yang berkaitan dengan halal dan haram melainkan daripada ulama yang termasyhur dalam bidang ini serta mampu mengetahui sebarang penambahan dan pengurangan. Manakala bidang al-fadhail maka boleh kita ambil daripada mana-mana guru walaupun ia tidak memiliki sifat-sifat seperti yang diatas.

Al Naufali pula menegaskan:[4]

Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata: Apabila kami meriwayatkan hadis daripada RasuluLLah  berhubung dengan halal, haram, sunat dan hukum-hukum, kami ketatkan daripada sudut sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan dengan hadis fadhail al-amal, hadis yang tidak menetapkan (mana-mana) hukum dan hadis yang tidak membatalkan (mana-mana) hukum maka kami lonnggarkan daripada sudut sanad-sanadnya.

Ramai daripada kalangan ulama yang mengambil sikap sedemikian. Al-Hafiz Abu Umar Yusuf bin Abd al-Barr seumpanya pernah menegaskan:[5]

Dan hadis-hadis fadhail (keutamaan satu-satu ibadah) boleh diriwatkan daripada mana-mana ulama manaka yang memerlukan hujjah (kekuatan yang boleh di percayai) daripada sudut sanad adalah dikhususkan kepada (hadis-hadis) hukum dan (hadis-hadis) halal dan haram.

Beramal dengan Hadis Dhoif.

Berhubung beramal dengan hadis-hadis dhoif ini, para ulama berselisih perndapat. Antaranya seperti berikut:

1.      Tidak harus beramal dengan hadis-hadis dhoif secara mutlak, sama ada hadis-hadis ahkam (hukum) mahupun hadis-hadis fadhail (keistimewaan mana-mana ibadah). Ibn Sayid al-nas dalam kitab Uyun al-Athar meriwayatkan pendapat ini daripada Yahya bin Main[6]. Manakala dalam kitab Fath al-Mughith menyebutkan bahawa ia merupakan pendapat Abu Bakr bin al-Arabi. Yang jelas ia merupakan pendapat al-Bukhori dan Muslim seperti mana yang terdapat dalam kitab sahih masing-masing. Demikian juga pendapat Ibn Hazm al-Andalusi.[7]

2.      Harus beramal dengan hadis-hadis dhoif secara mutlak, apabila tidak terdapat mana-mana bab (tajuk) tertentu, mana-mana hadis selain hadis-hadis dhoif. Pendapat ini disandarkan kepada Ahmad bin Hambal dan diguna pakai oleh Abu Daud al-Sajistani seperti mana yang diriwayatkan bahwasannya beliau beramal dengan hadis dhoif apabila tidak didapati hadis-hadis sahih dan hasan dalam mana-mana bab (tajuk) tertentu. Ahmad bin Hanbal dan Abu Daud al-Sajistani menegaskan:[8]

Hadis dhoif lebih senang kepada kami daripada mana-mana pendapat yang dikemukakan oleh mana-mana orang.

   Namun perlu diberi perhatian bahawa hadis dhoif yang mana Imam Ahmad bin Hanbal memberi keutamaan atas sesuatu pandangan (pendapat/kias) ialah hadis/dhoif yang tidak sampai ke peringkat terlalu dhoif. Malah hadis-hadis yang mempunyai Illah (kecacatan) yang tidak sampai ke peringkat hadith matruk[9] tetapi hadis dhoif yang lebih hampir kepada hadis hasan, menurut isilah Imam ai Tirmidzi. Hal ini disebabkan Imam Ahmad bin Hanbal membahagikan hadis kepada dua bahagian sahaja, iaitu hadis sahih dan hasan.[10]

3.      Harus beramal dengan hadis dhoif yang membicarakan tentang fadhail al-amal , pengajaran, peringatan, cerita, targhib (galakan) dan tarhib (menakut-nakutkan). Tetapi tidak hadus beramal dengan hadis dhoif yang membicarakan tentang akidah seperti sifat-sifat Allah dan yang membicarakan perkara hukum syarak. Dalam hal ini Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitab al-Azkar:

Para ulama yang terdiri daripada fukaha, muhaddithin dan lain-lain menegaskan: Harus, malah digalakkan beramal dengan al-fadhail, al-targhib menerusi hadis dhoif selagi mana ia bukan hadis maudhu (palsu). Manakala (bidang) hukum seperti halal, haram, jual beli, nikah, talak dan lain-lain yang berhubung denganya tidak harus beramal melainkan menerusi hadis sahih dan hasan kecuali kerana mengambil jalan ihtiyat (yang lebih berwaspada) atas seuatu yang berada dalam bidang tersebut.

Al-Imam al-Nawawi menegaskan dalam kitab al-Majmu[11]

Para ulama menegaskan: Hadis mempunyai tida bahagian iaitu sahih,hasan dan dhoif. Mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya hadis yang harus dijadikan hujah(dalil) dalam bidang hukum ialah hadis sahih atau hasan . manakala hadis dhoif tidka haurs (tidak boleh) dijadikan hujah (dalil) dalam bidang hukum-hukum dan akidah, tetapi harus meriwayat dan beramal dengannya dalam bidang yang lain daripada hukum-hukum, seperti cerita-cerita, keutamaan ibadah-ibadahm targhib (galakan bagi melakukan amalan kebajikan) dan tarhib (menakut-nakutkan dariapa melakukan amalan-amalan yang tidak baik)

Syarat-syarat Beramal dengan Hadis Dhoif.

Para ulama telah menetapkan beberapa syarakt untuk beramal dengan hadis dhoif. Syarat-syarat itu dapat dilihat dalam kitab-kitab, ungkapan dan pelaksanaan mereka dalam hukum-hukum feqah. Al-Sakhawi sebagai murid al-Hafiz Ibn Hajar telah mencatatkan kata-kata gurunya (Ibn Hajar) dalam kitab " " seperti berikut:

1.      Hadis dhoif yang hendak diamalkan tidak terlalu dhoif. Oleh itu, tidak harus beramal dengan hadis daif yang diriwayatkan oleh mana-mana perawi dusta, perawi yang dituduh sebagai pendusta dan mana-mana perawi yang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan. Al-Hafiz Solah al-Din al-Alai menegaskan bahawa para ulama telah bersepakat terhadap syarat ini.

2.      Hadis dhoif tersebut termasuk di bawah dasar (usul) agama yang umum. Oleh itu terkeluarlah mana-mana hadis rekaan (maudhu) yang sama sekali tidak termasuk di bawah mana-mana dasar (usul) agama yang umum.

3.      Seseorang yang beramal dengan hadis dhoif tidak boleh itiqad bahwa hadis tersebut thabit, bahkan ia hendaklah itiqad sebagai berwaspada sahajam supaya ia tidak menyandarkan kepada RasuluLLah tentang perkara yang tidak diucapkan oleh Baginda.[12]



[1] Hadis Dhoif Ciri-Ciri dan Hukum

[2] Al Kifayah fi Ilmi al-Riwayah

[3] Ibid

[4] Al-Manhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Tadil

[5] Jami al-Bayan al-Ilm wa Fadhlih

[6] Al Suyuti

[7] Faruq Hammadah

[8] Al-Muhalla li Ibn Hazm

[9] Al-Matruk ialah hadis yang mana matan atau sanadnya diriwayatkan oleh pewari dhoif. Perawi tersebut dhoif kerana di tuduh berdusta berdasarkan riwayatnya itu tidak pernah diriwayatkan oleh pewari lain. Hadis tersebut juga menyalahi kaedah umum atau perawi itu terkenal sebagai pembohong walaupun fenomena itu tidak jelas ke atas hadis riwayatnya, atau dituduh terlau pelupa atau fasiq

[10] Syarh Ila al-Tirmidzi

[11] Al-Majmu Sharh al-Muhazzab

[12] Al-Suyuti


Posted at 12:47 am by jundullah
Comment (1)  

Sunday, August 07, 2005
BID`AH: SATU PENJELASAN KONSEPTUAL

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Dakwah: Memahami Realiti dun Keutamaan

Semasa, anjuran Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan

pada 18 Jun 2005 di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

 

BID`AH: SATU PENJELASAN KONSEPTUAL

Mohd Fauzi Hamat

Abdul Karim Ali

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

Kuala Lumpur

 

Pendahuluan

Isu-isu berkaitan dengan bid`ah merupakan isu berpanjangan yang dibincangkan sejak zaman berzaman, khususnya apabila muncul dalam masyarakat lslam kecenderungan untuk memilih aliran mazhab yang mempunyai metodologi tersendiri

dalam membahaskan isu-isu baru yang muncul dalam masyarakat Islam. Kertas ini dalam ruang yang agak terbatas akan menjelaskan konsep bid`ah berdasarkan tinjauan literatur terhadap beberapa bahan terpllih yang membincangkan konsep ini. Kefahaman yang jelas tentang konsep ini boleh membantu umat lslam memahami tasawwur bid`ah itu sendiri yang akan membantu mereka seterusnya membuat penghukuman terhadap sesuatu perkara sama ada ia bidah yang dilarang atau sebaliknya, bak kata ulama mantik al-hukm `ala al-syay far` `an tasawwurih.

 

Definisi Bid`ah dan Perbahasan Mengenainya

Dari segi bahasa, bid`ah yang merupakan nama terbitan dari perkataan al-ibtida` bermaksud mengadakan perkara baru tanpa ada contoh sebelumnya, tidak kira perkara tersebut terpuji atau tercela (Che Yusoff, 1999: 1). Makna ini adalah terkandung dalam beberapa ayat al-Quran seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah, ayat 117 dan surah al-Ahqaf ayat 9. (`Ali Mahfudh, 2001: 31). Manakala dari segi istilahnya, menurut al-Syatibi (al-Syatibi, t.t.: 37, Ahmad Husni, 2002: 31-32; `Ali Mahfiz, 2001: 32), ia diberi dua pengertian oleh ulama Usul iaitu:

1)

:

2)

:

 

Definisi pertama menjelaskan bahawa segala perkara yang diada-adakan berkaitan dengan ibadat dinamakan bid`ah, manakala definisi kedua menyatakan bahawa segala perkara yang diadakan sama ada ia ibadat atau adat, apabila ia dijadikan sebagai tariqah dalam agama, ia dinamakan sebagai bid`ah. Ini bermakna apa-apa yang tiada dalam agama yang disyariatkan oleh Allah SVVT menerusi rasulNya, sama ada melibatkan perkara akidah, ibadat atau muamalat, ia dinamakan sebagai bid`ah.

 

Takrif kedua yang diberikan oleh al-Syatibi di atas memasukkan adat dalam, bid`ah ketika atau bila ia seolah-olah dilihat menyerupai syariah, seperti orang bernazar untuk berpuasa dengan berdiri, tanpa duduk-duduk, mendedahkan diri kepada terik cahaya matahari, tidak mahu berteduh dan menentukan jenis makanan atau pakaian dengan satu jenis sahaja tanpa apa-apa `illah yang jelas (Ahmad Husni, 2002: 32).

 

Antara amalan bid`ah yang dikaitkan dengan adat juga ialah amalan wanita Islam yang memakai pakaian bewarna khusus - ketika ditimpa kematian - atau membuatkan tanda-tanda khusus di badan isteri-isteri yang kematian suaminya dan seumpamanya (Muhammad al-Ghazali, 1999: 164).

 

Di kalangan ulama Fiqh pula, terdapat dua definisi yang dikemukakan oleh dua golongan ulama.

 

1)

2)

 

Definisi pertama melihat bid`ah sebagai perkara rekaan yang bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan istinbat hukum yang berasaskan kepada kedua-dua sumber utama tersebut (ijma` dan qiyas). Pendapat ini dicenderungi oleh tokoh-tokoh ulama seperti Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-`Asqalani, Ibn Hajar al-Haytami, al-Zarkasyi dan Dr. `Abd Allah Darraz (Che Yusoff, 1999: 5). Manakala definisi kedua pula membahagikan bid`ah kepada dua kategori iaitu bid`ah terpuji dan bid`ah tercela berdasarkan sejauh mana perkara baru tersebut bertentangan atau tidak dengan al-Sunnah. Aliran ini dikaitkan dengan Imam al-Syafi`i, Ibn Hazm, al-lmam al-Ghazali, `lbn al-Athir dan lain-lain lagi (Che Yusoff, 1999: 7)

 

Takrif kedua bid`ah yang membahagikan bid`ah kepada bid`ah terpuji dan tercela adalah dirujuk kepada beberapa amalan bid`ah yang tidak bertentangan dengan roh dan falsafah perundangan Islam itu sendiri, misalnya amalan solat tarawikh secara berjamaah yang disifatkan oleh Khalifah `Umar al-Khattab sebagai sebaik-baik bid`ah dan solat Dhuha secara berjama`ah yang disifatkan oleh Ibn `Umar sebagai tergolong dalam bid`ah hasanah. Saidina Abu Bakr r.a juga sebenamya pernah mengisytiharkan perang terhadap mereka yang enggan mengeluarkan zakat dan ha1 ini juga merupakan perkara yang berhubungkait dengan peribadatan dan bukan dilihat secara terpisah sebagai masalah atau urusan keduniaan semata-mata, walaupun pada hakikatnya masalah ini belum pemah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. (Ahmad Husni, 2002: 34-35 & 39). Apakah khalifah pertama tersebut boleh dianggap sebagai bid`ah?

 

Dalam membincangkan persoalan bid`ah ini, ciri utama yang ditekankan ialah kepentingan umat lslam menghindarkan diri dari mereka-reka perkara baru yang menyentuh soal peribadatan kerana dalam soal ibadat dari segi asalnya, umat lslam

perlu memiliki ciri al-ittiba, iaitu menuruti segala apa yang dinyatakan syarak, manakala dalam urusan keduniaan, umat lslam diharuskan melakukan al-ibtida`, al-iaitu mereka perkara baru demi kemaslahatan kehidupan mereka. lnilah yang diungkapkan oleh al-Qardhawi sebagai sebahagian dari kefahaman al-fiqh al-hadari (al-Qardhawi, 1998:245).

 

Menurut al-Qardhawi lagi, peribadatan kepada Allah SWT adalah berasaskan kepada dua asas utama iaitu:

 

1) Seseorang tidak boleh menyembah dan beribadat melainkan kepada Allah SWT. Semua benda yang disembah manusia, sama ada bintang di langit, berhala di bumi, binatang atau manusia adalah batil dan ini bersesuaian dengan firman, Allah SWT dalam surah al-Anbiya, ayat 25.

2) Seseorang tidak boleh beribadat kecuali berdasarkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT dalam kitabNya dan diterangkan oleh rasulNya s.a.w. Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara menyentuh urusan keagamaan di luar dari apa yang didatangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, ia adalah ditolak, berdasarkan hadis-hadis berikut:

 

 

ѡ

 

Berdasarkan keterangan dua hadis di atas, bid`ah ialah mencakupi semua perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kemudian dianggap sebagai sebahagian dari ajaran agama, misalnya kecenderungan penganut agama Kristian yang mereka-reka al-rahbaniyyah melampau sehingga meninggalkan amalan-amalan yang menjadi tuntutan fitrah kejadian manusia itu sendiri, misalnya tegahan untuk berkahwin bagi pemimpin agama mereka, larangan berhias yang dibenarkan dan larangan mengecap al-tayyibat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hambaNya. Hal ini diungkapkan oleh Allah SWT menerusi firmanNya dalam surah al-Hadid, ayat 27.

 

Menarik untuk diulas di sini ialah tentang ungkapan lafaz kul yang terdapat dalam hadis yang kedua di atas yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayunya sebagai setiap atau semua. Dalam penggunaan proposisi pertama, ia mengisyaratkan bahawa setiap perkara baru adalah bid`ah dan proposisi kedua mengisyaratkan bahawa setiap bid`ah adalah sesat. Apakah tiada pengecualian dalam kedua-dua proposisi tersebut? Apakah kita boleh menerima bahawa semua perkara baru adalah bid`ah dengan pengertian bid`ah yang sesat? Sedangkan ternyata ada perkara baru yang diungkapkan oleh sahabat sebagai bid`ah yang terpuji. Kalau kita menerima proposisi pertama ada pengecualian, maka sewajarnya kita teragak-agak untuk menerima bahawa proposisi kedua juga ada pengecualiannya. Dan hal inilah sebenarnya yang perlu diteliti apabila kita membincangkan isu-isu khilafiyyah seperti Mawlid nabi, bilangan rakaat solat tarawikh, membaca Yasin malam Jumaat, menyapu muka selepas memberi salam, bacaan al-Quran dan tahlil yang dihadiahkan pahalanya kepada si mati dan sebagainya.

 

Berdasarkan kenyataan ini, adalah suatu yang tidak janggal apabila ada di kalangan ilmuwan Islam, misalnya al-Shaikh `Ali Mahfiz yang membahagikan bid`ah kepada dua kategori iaitu bid`ah yang sesat (dalalah) dan bid`ah yang baik (hasanah), iaitu sesuatu yang dilihat baik oleh kaum Muslimin dan ia sama sekali tidak bertentangan dengan al-Kitab, al-Sunnah dan al-ljma` (`Ali Mahfiz, 2001: 36). Ada juga ilmuwan yang membahagikan bid`ah sebagaimana berikut (Che Yusoff, 1999: 18-1 9):

 

1) Bid`ah wajib: perkara yang menepati kaedah-kaedah wajib dan menepati kehendak dalil-dalil agama, misalnya mengumpulkan al-Quran dan membukukannya dalam mushaf, pengembangan beberapa ilmu bagi memudahkan umat lslam memahami al-Qur`an, dan tindakan inovatif bertujuan untuk menegakkan amar makrif dan nahi murgkar.

 

2)Bid`ah Haram: bida`ah sebenar yang disepakati ulama untuk menolaknya, misalnya aliran-aliran pemikiran merosakkan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang dibawa oleh pelbagai aliran merosakkan sama ada di zaman silam atau masa kini, misalnya aliran lslam liberal yang menolak sebahagian dari hukum hakam yang telah ditetapkan secara qat`i oleh syarak.

 

3) Bid`ah Mandubah (sunat): amalan-amalan yang baik, misalnya solat tarawikh secara berjama`ah di masjid pada bulan Ramadhan, menyusun kurikulum pendidikan Islam dan memperkenalkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keperluan semasa dan sebagainya.

 

4)Bid`ah Makruh: sebagai contoh melakukan tambahan terhadap ibadat-ibadat sunat yang telah dihadkan, misalnya menambah tasbih, tahmid dan takbir lebih dari 33 kali atau menentukan hari tertentu, masa tertentu dan tempat tertentu untuk melakukan sesuatu ibadat kerana kita tidak mengadakan sendiri sesuatu syiar agama, melakukan perkerjaan-pekerjaan yang didiamkan Rasulullah s.a.w. dan para khulafa al-Rasyidun, misalnya berzikir secara nyaring dan seumpamanya.

 

5)Bid`ah Mubahah: misalnya memakan makanan yang lazat, pakaian yang cantik dan seumpamanya. Dari keterangan hadis-hadis di atas juga, boleh dirumuskan bahawa untuk mempastikan sesuatu amalan itu menjadi ibadat, ia melengkapi dua syarat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Pertama; ia harus ditunaikan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kedua; ia harus ditunaikan sesuai dengan syariat Allah SWT, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran, al-Sunnah, al-ljma` dan al-Qiyas.

 

Mana-mana amalan ibadat yang ditunaikan berdasarkan interpretasi mana-mana individu, apatah lagi yang tidak melengkapi syarat-syarat untuk berijtihad, maka adalah tidak boleh dinamakan sebagai ibadat, tetapi merupakan satu bid`ah yang harus ditolak, misalnya amalan sembahyang Jumaat yang berimamkan wanita, dan beberapa amalan tasawuf yang melampau.

 

 

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, disimpulkan bahawa terdapat dua golongan ulama yang mempunyai konsepsi yang berbeza dalam membincangkan takrif bid`ah, iaitu al-Imam al-Syafi`ie yang cenderung membahagikan bid`ah kepada dua kategori, manakala al-Syatibi yang mempunyai pandangan sebaliknya. Dalam konteks amalan umat lslam di Malaysia, perbezaan pandangan ini harus diterima dalam suasana yang sihat dengan catatan bahawa pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam, khususnya di kalangan yang tidak mampu untuk berijtihad secara tersendiri. Selain daripada itu, umat lslam juga perlu mengutamakan perkara-perkara pokok dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan hal-hal khilafiyyah yang dikaitkan dengan isu bid`ah sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan umat lslam di seluruh dunia. Apatah lagi di kala umat lslam berdepan dengan pelbagai cabaran globalisasi dan cabaran pasca modernisme masa kini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Bibliografi

`Ali Mahfuz (2001), al-lbda` fi Madar al-lbtida`. Beirut: Dar al-Kutub al-`llmiyyah.

Che Yusoff Che Mamat (1999), Memahami Bidaah Dari Perspektif Islam: Penqenalan, Ancaman Dan Kawalan. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

Muhammad al-Ghazali (1999), Bida`ah Bukan Dari Aiaran Islam. Kuaia Lumpur: Penerbitan Daul Iman.

 

Al-Qardhawi, Yusuf, Dr. (1998), al-Sunnah Masdaran li al-Ma`rifah wa al-Hadarah. Kaherah: Dar al-Syuruq.

 

Ahmad Husni Haji Hasan (2002), Bid`ah Menurut Madhhab Svafi`i: Satu Analisis Terhadap Amalan Masyarakat Islam di Ipoh, Perak, Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam, Uni. Malaya.

 

>>jailur_rashid

 


Posted at 10:22 am by jundullah
Make a comment  

Sunday, July 31, 2005
Riyadhus Sholihin - Taqwa

BAB TAQWA

باب فى التقوى

Allah Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (ali-lmran: 102)

Allah Ta'ala berfirman pula:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang beruntung." (at-Taghabun: 16)

Ayat ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama.

Lagi Allah Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengankata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab: 70)

Ayat-ayat yang berhubungan dengan perintah bertaqwa itu banyak sekali dan dapat

dimaklumi. Allah Ta'ala berfirman lagi:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)

Allah Ta'ala berfirman pula:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيم

"Jikalau engkau semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua pembedaan - antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung." (al-Anfal: 29)

Hadis 1

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ؟ قَالَ « أَتْقَاهُمْ » . فَقَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَيُوسُفُ نَبِىُّ اللَّهِ ابْنُ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ خَلِيلِ اللَّهِ » . قَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونَ خِيَارُهُمْ فِى الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِى الإِسْلاَمِ إِذَا فَقُهُوا[1]« .

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Yaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua. Orang-orang berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan inipun putera Nabiullah pula dan ini adalah putera khalilullah - kekasih Allah yakni bahwa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim yaitu Khalilullah." Orang-orang berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab pula: "Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan - pembesar-pembesar – dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan di antara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pulalah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama."

Penerangan.

Orang yang paling mulia dan yang paling banyak kebaikannya di dunia dan di akhirat adalah mereka yang bertaqwa kepada Allah. Dengan kekal beribadah, mengabdikan diri, jauh dari kejahilan. Manusia yang mencapai darjat tersebut adalah Nabi Yusuf cicit bapa para nabi (Nabi Ibrahim) yang terhimpun padanya sifat-sfat sabar, iffah(menjaga kehormatan diri), mengusai(harta) dunia dan menggunakannya dengan benar, birrul walidain (menghormati ibu bapa) dan banyak lagi. Sifat utama sebagaimana disebutkan dalam Al Quran dalam kisah-kisah yang bersangkut dengan peribadinya. Kalau takwa mampu mengangkat martabat orang yang rendah dan hina (dalam pandangan manusia) menjadi manusia yang mulia dan tinggi (dalam pandangan Allah) maka bagaimanakah gerangan dalam pandangan anda terhadap orang yang dipandang baik kerana amalan-amalan keduniaan di masa Jahiliyyah kemudian ia masuk Islam? Ia akan bertambah baik dengan kebaikan-kebaikan dalam Islam yang dipeluknya dan bertambah mulia dengan akhlak karimah (akhlak yang baik) yang ia milikinya.

Pelajaran.

1.      Sesungguhnya masuknya seseorang dalam agama Islam tidak akan mengurangai martabat keutamaannya yang pernah ia milik sebelum menjadi muslim bahkan bertambah kemuliaan dan keutamaanya.

2.      Bahawa ketaqwaan mengangkat martabat seseorang dalam pandangan Allah walaupun ia rendah dalam pandangan manusia kerana ketaqwaan membawa manusia kepada berakhlak luhur dan mulia serta beramal yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

3.      Penghormatan Nabi kepada sahabatnya dan kecintaan kepada mereka.

Hadis 2

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِى إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِى النِّسَاءِ«. [2]

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau - yakni lazat dan nyaman – dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh karenanya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipudaya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang melanda di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita."

Penerangan.

Wasapadalah terhadap harta dunia kerana harta dunia itu manis rasanya dan indahnya warnanya sehingga dapat mempengaruhi jiwa dan perasaan manusia. Namun demikian harta dunia itu sesuatu yang mudah berubah dan cepat sekali lenyapnya sebagaimana buah-buahan setelah masak rasanya menjadi manis yang tidak lama kemudian lenyap, sedang manusia tidak mampu membuat harta dunia kekal di tangannya dan predikat pemilik baginya adalah tidak hakiki kerana manusia hanya diserahi mengelolanya sepanjang umurnya dan mengeksploitasinya dalam rangka mengambil manfaat yang dikandungnya. Oleh kerana itu manusia wajib menjaga dirinya jangan sampai terfitnah dirinya sendiri oleh kecantikan harta dunia. Fitnah yang paling berat adalah wanita kerana faktorn kecantikannya, menawan dan kecenderungan lelaki kepada wanita. Maka hendaklah kaum lelaki selalu waspada terhadap fitnah ini.

Pelajaran.

1.      Harta dunia diserupakan dengan makanan yang manis rasanya dan indah rupanya tetapi cepat lenyap.

2.      Anjuran bertaqwa kepada Allah dengan menjauhi apa yang boleh melengahkan manusia, khususnya fitnahnya kaum hawa.

3.      Isyarat tentang fitnah wanita serta kecenderungan alami kaum lelaki terhadap wanita.

 

Hadis 3

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ « اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى «.[3]

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:"Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati."

Penjelasan.

Manusia tidak akan memperolehi suatu kebajikan tanpa taufik dan kemudahan dari Allah. Oleh kerana itu manusia wajib mohon kepada-Nya dengan ucapan dan amal, agar dianugerahi hidayah, lestari dalam ketaqwaan, selalu menjaga kehormatan diri (dari perkara yang haram dan merasa puas dengan apa yang ada) serta kekayaan (jiwa) sehingga tidak rakut.

Pelajaran.

1.      Pentingnya empat perkara ini bagi keselamatan hidup manusia di dunia dan akhirat.

2.      Suatu suruhan agar seorang muslim berupaya dalam hidupnya mencapat empat perkara tersebut.

 

Hadis 4

عَنْ أبي طَريفٍ عدِيِّ بْنِ حاتمٍ الطائِيِّ رضي اللَّه عنه قال : سمعت رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقُولُ : « مَنْ حَلَفَ عَلَى يمِين ثُمَّ رَأَى أتقَى للَّهِ مِنْها فَلْيَأْتِ التَّقْوَى «.[4]

Dari Abu Tharif, yaitu 'Adi bin Hatim Aththa'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi - memilih –ketaqwaan itu saja."

Penjelasan.

Siapa yang sudah bertekad (bersumpah) untuk melakukan atau meninggalkan suatu amalan, kemudian muncul pendapatnya yang baru, bahawa kalau ia melanggar sumpahnya itu justru lebih dekat kepada taqwaLLah dan lebih diredhai daripada tetap memenuhi sumpahnya, maka hendaklah ia memilih yang lebih baik, meskipun pilihannya itu berarti pelanggaran sumpahnya sendiri, namun ia berkewajipan membayar kafarah atas pelanggaran sumpahnya itu.

Pelajaran.

3.      Berfikir sebelum bertindak.

1.      Tolok ukur setiap langkah seorang muslim adalah taqwaLLah. Ketika mulai sampai akhir langkah itu dilakukan.

2.      Bahwa apa yang dikerjakan muslim akan dipertanggungjawabkan.

3.      Keharusan memelihara ketaqwaan dalam segala urusan walaupun terasa menyalahi kecenderungan nafsu.

Hadis 5

عنْ أبي أُمَامَةَ صُدَيَّ بْنِ عَجْلانَ الْباهِلِيِّ رضي اللَّهُ عنه قال: سَمِعْتُ رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَخْطُبُ في حَجَّةِ الْودَاع فَقَالَ : « اتَّقُوا اللَّه ، وصَلُّوا خَمْسكُمْ ، وصُومُوا شَهْرَكمْ ، وأَدُّوا زكَاةَ أَمْوَالِكُمْ ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءَكُمْ ، تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ »[5]

Dari Abu Umamah yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu - Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegangpemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."  Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

Penjelasan.

Masa-masa akhir hayat Nabi dipenuhi dengan nasihat-nasihat kepada kaum Muslimin. Dalam hajinya yang terakhir (Hajjatul Wada'), baginda mengingatkan kaum Muslimin dengan nasihat yang sangat berharga, iaitu beliau mendorong mereka agar selalu bertaqwa kepada Allah, mendirikan solat limat waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan taat kepada umara' dalam hal-hal yang tidak menyalahi perintah Allah(durhaka). Kerana hal-hal itulah yang akan menghantar mereka ke syurga.

Pelajaran.

1.      Hajjatul Wada' adalah sebutan bagi ibadah haji yang terakhir bagi Nabi.

2.      Bahawa perkara-perkara yang tersebut merupakan jalan menuju ke syurga yang harus dilalui oleh setiap muslim.

 

 

 



[1]  أحاديث الأنبياء – صحيح البخاري

[2]  الرقاق – صحيح مسلم

  [3] الذكر وادعاء والتوبة - صحيح مسلم

[4]  الأيمان – صحيح مسلم

[5]  الصلاة – سنن الترمذي


Posted at 04:50 pm by jundullah
Make a comment  

Friday, July 29, 2005
Syarah Riyadhus Sholihin [73]

Hadis 73

: : [1] .

 

Penjelasan.

Siapa yang sudah bertekad (bersumpah) untuk melakukan atau meninggalkan suatu amalan, kemudian muncul pendapatnya yang baru, bahawa kalau ia melanggar sumpahnya itu justru lebih dekat kepada taqwaLLah dan lebih diredhai daripada tetap memenuhi sumpahnya, maka hendaklah ia memilih yang lebih baik, meskipun pilihannya itu berarti pelanggaran sumpahnya sendiri, namun ia berkewajipan membayar kafarah atas pelanggaran sumpahnya itu.

Pelajaran.

  1. Berfikir sebelum bertindak.
  2. Tolok ukur setiap langkah seorang muslim adalah taqwaLLah. Ketika mulai sampai akhir langkah itu dilakukan.
  3. Bahwa apa yang dikerjakan muslim akan dipertanggungjawabkan.
  4. Keharusan memelihara ketaqwaan dalam segala urusan walaupun terasa menyalahi kecenderungan nafsu.


[1] -   .


Posted at 11:43 pm by jundullah
Make a comment  

Previous Page Next Page