Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Dakwah: Memahami Realiti dun Keutamaan
Semasa, anjuran Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan
pada 18 Jun 2005 di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.
BID`AH: SATU PENJELASAN KONSEPTUAL
Mohd Fauzi Hamat
Abdul Karim Ali
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
Pendahuluan
Isu-isu berkaitan dengan bid`ah merupakan isu berpanjangan yang dibincangkan sejak zaman berzaman, khususnya apabila muncul dalam masyarakat lslam kecenderungan untuk memilih aliran mazhab yang mempunyai metodologi tersendiri
dalam membahaskan isu-isu baru yang muncul dalam masyarakat Islam. Kertas ini dalam ruang yang agak terbatas akan menjelaskan konsep bid`ah berdasarkan tinjauan literatur terhadap beberapa bahan terpllih yang membincangkan konsep ini. Kefahaman yang jelas tentang konsep ini boleh membantu umat lslam memahami tasawwur bid`ah itu sendiri yang akan membantu mereka seterusnya membuat penghukuman terhadap sesuatu perkara sama ada ia bidah yang dilarang atau sebaliknya, bak kata ulama mantik al-hukm `ala al-syay far` `an tasawwurih.
Definisi Bid`ah dan Perbahasan Mengenainya
Dari segi bahasa, bid`ah yang merupakan nama terbitan dari perkataan al-ibtida` bermaksud mengadakan perkara baru tanpa ada contoh sebelumnya, tidak kira perkara tersebut terpuji atau tercela (Che Yusoff, 1999: 1). Makna ini adalah terkandung dalam beberapa ayat al-Quran seperti yang terdapat dalam surah al-Baqarah, ayat 117 dan surah al-Ahqaf ayat 9. (`Ali Mahfudh, 2001: 31). Manakala dari segi istilahnya, menurut al-Syatibi (al-Syatibi, t.t.: 37, Ahmad Husni, 2002: 31-32; `Ali Mahfiz, 2001: 32), ia diberi dua pengertian oleh ulama Usul iaitu:
1)
:
2)
:
Definisi pertama menjelaskan bahawa segala perkara yang diada-adakan berkaitan dengan ibadat dinamakan bid`ah, manakala definisi kedua menyatakan bahawa segala perkara yang diadakan sama ada ia ibadat atau adat, apabila ia dijadikan sebagai tariqah dalam agama, ia dinamakan sebagai bid`ah. Ini bermakna apa-apa yang tiada dalam agama yang disyariatkan oleh Allah SVVT menerusi rasulNya, sama ada melibatkan perkara akidah, ibadat atau muamalat, ia dinamakan sebagai bid`ah.
Takrif kedua yang diberikan oleh al-Syatibi di atas memasukkan adat dalam, bid`ah ketika atau bila ia seolah-olah dilihat menyerupai syariah, seperti orang bernazar untuk berpuasa dengan berdiri, tanpa duduk-duduk, mendedahkan diri kepada terik cahaya matahari, tidak mahu berteduh dan menentukan jenis makanan atau pakaian dengan satu jenis sahaja tanpa apa-apa `illah yang jelas (Ahmad Husni, 2002: 32).
Antara amalan bid`ah yang dikaitkan dengan adat juga ialah amalan wanita Islam yang memakai pakaian bewarna khusus - ketika ditimpa kematian - atau membuatkan tanda-tanda khusus di badan isteri-isteri yang kematian suaminya dan seumpamanya (Muhammad al-Ghazali, 1999: 164).
Di kalangan ulama Fiqh pula, terdapat dua definisi yang dikemukakan oleh dua golongan ulama.
1)
2)
Definisi pertama melihat bid`ah sebagai perkara rekaan yang bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah dan istinbat hukum yang berasaskan kepada kedua-dua sumber utama tersebut (ijma` dan qiyas). Pendapat ini dicenderungi oleh tokoh-tokoh ulama seperti Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-`Asqalani, Ibn Hajar al-Haytami, al-Zarkasyi dan Dr. `Abd Allah Darraz (Che Yusoff, 1999: 5). Manakala definisi kedua pula membahagikan bid`ah kepada dua kategori iaitu bid`ah terpuji dan bid`ah tercela berdasarkan sejauh mana perkara baru tersebut bertentangan atau tidak dengan al-Sunnah. Aliran ini dikaitkan dengan Imam al-Syafi`i, Ibn Hazm, al-lmam al-Ghazali, `lbn al-Athir dan lain-lain lagi (Che Yusoff, 1999: 7)
Takrif kedua bid`ah yang membahagikan bid`ah kepada bid`ah terpuji dan tercela adalah dirujuk kepada beberapa amalan bid`ah yang tidak bertentangan dengan roh dan falsafah perundangan Islam itu sendiri, misalnya amalan solat tarawikh secara berjamaah yang disifatkan oleh Khalifah `Umar al-Khattab sebagai sebaik-baik bid`ah dan solat Dhuha secara berjama`ah yang disifatkan oleh Ibn `Umar sebagai tergolong dalam bid`ah hasanah. Saidina Abu Bakr r.a juga sebenamya pernah mengisytiharkan perang terhadap mereka yang enggan mengeluarkan zakat dan ha1 ini juga merupakan perkara yang berhubungkait dengan peribadatan dan bukan dilihat secara terpisah sebagai masalah atau urusan keduniaan semata-mata, walaupun pada hakikatnya masalah ini belum pemah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. (Ahmad Husni, 2002: 34-35 & 39). Apakah khalifah pertama tersebut boleh dianggap sebagai bid`ah?
Dalam membincangkan persoalan bid`ah ini, ciri utama yang ditekankan ialah kepentingan umat lslam menghindarkan diri dari mereka-reka perkara baru yang menyentuh soal peribadatan kerana dalam soal ibadat dari segi asalnya, umat lslam
perlu memiliki ciri al-ittiba, iaitu menuruti segala apa yang dinyatakan syarak, manakala dalam urusan keduniaan, umat lslam diharuskan melakukan al-ibtida`, al-iaitu mereka perkara baru demi kemaslahatan kehidupan mereka. lnilah yang diungkapkan oleh al-Qardhawi sebagai sebahagian dari kefahaman al-fiqh al-hadari (al-Qardhawi, 1998:245).
Menurut al-Qardhawi lagi, peribadatan kepada Allah SWT adalah berasaskan kepada dua asas utama iaitu:
1) Seseorang tidak boleh menyembah dan beribadat melainkan kepada Allah SWT. Semua benda yang disembah manusia, sama ada bintang di langit, berhala di bumi, binatang atau manusia adalah batil dan ini bersesuaian dengan firman, Allah SWT dalam surah al-Anbiya, ayat 25.
2) Seseorang tidak boleh beribadat kecuali berdasarkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT dalam kitabNya dan diterangkan oleh rasulNya s.a.w. Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara menyentuh urusan keagamaan di luar dari apa yang didatangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, ia adalah ditolak, berdasarkan hadis-hadis berikut:
ѡ
Berdasarkan keterangan dua hadis di atas, bid`ah ialah mencakupi semua perkara baru yang diada-adakan dalam agama, kemudian dianggap sebagai sebahagian dari ajaran agama, misalnya kecenderungan penganut agama Kristian yang mereka-reka al-rahbaniyyah melampau sehingga meninggalkan amalan-amalan yang menjadi tuntutan fitrah kejadian manusia itu sendiri, misalnya tegahan untuk berkahwin bagi pemimpin agama mereka, larangan berhias yang dibenarkan dan larangan mengecap al-tayyibat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hambaNya. Hal ini diungkapkan oleh Allah SWT menerusi firmanNya dalam surah al-Hadid, ayat 27.
Menarik untuk diulas di sini ialah tentang ungkapan lafaz kul yang terdapat dalam hadis yang kedua di atas yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayunya sebagai setiap atau semua. Dalam penggunaan proposisi pertama, ia mengisyaratkan bahawa setiap perkara baru adalah bid`ah dan proposisi kedua mengisyaratkan bahawa setiap bid`ah adalah sesat. Apakah tiada pengecualian dalam kedua-dua proposisi tersebut? Apakah kita boleh menerima bahawa semua perkara baru adalah bid`ah dengan pengertian bid`ah yang sesat? Sedangkan ternyata ada perkara baru yang diungkapkan oleh sahabat sebagai bid`ah yang terpuji. Kalau kita menerima proposisi pertama ada pengecualian, maka sewajarnya kita teragak-agak untuk menerima bahawa proposisi kedua juga ada pengecualiannya. Dan hal inilah sebenarnya yang perlu diteliti apabila kita membincangkan isu-isu khilafiyyah seperti Mawlid nabi, bilangan rakaat solat tarawikh, membaca Yasin malam Jumaat, menyapu muka selepas memberi salam, bacaan al-Quran dan tahlil yang dihadiahkan pahalanya kepada si mati dan sebagainya.
Berdasarkan kenyataan ini, adalah suatu yang tidak janggal apabila ada di kalangan ilmuwan Islam, misalnya al-Shaikh `Ali Mahfiz yang membahagikan bid`ah kepada dua kategori iaitu bid`ah yang sesat (dalalah) dan bid`ah yang baik (hasanah), iaitu sesuatu yang dilihat baik oleh kaum Muslimin dan ia sama sekali tidak bertentangan dengan al-Kitab, al-Sunnah dan al-ljma` (`Ali Mahfiz, 2001: 36). Ada juga ilmuwan yang membahagikan bid`ah sebagaimana berikut (Che Yusoff, 1999: 18-1 9):
1) Bid`ah wajib: perkara yang menepati kaedah-kaedah wajib dan menepati kehendak dalil-dalil agama, misalnya mengumpulkan al-Quran dan membukukannya dalam mushaf, pengembangan beberapa ilmu bagi memudahkan umat lslam memahami al-Qur`an, dan tindakan inovatif bertujuan untuk menegakkan amar makrif dan nahi murgkar.
2)Bid`ah Haram: bida`ah sebenar yang disepakati ulama untuk menolaknya, misalnya aliran-aliran pemikiran merosakkan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang dibawa oleh pelbagai aliran merosakkan sama ada di zaman silam atau masa kini, misalnya aliran lslam liberal yang menolak sebahagian dari hukum hakam yang telah ditetapkan secara qat`i oleh syarak.
3) Bid`ah Mandubah (sunat): amalan-amalan yang baik, misalnya solat tarawikh secara berjama`ah di masjid pada bulan Ramadhan, menyusun kurikulum pendidikan Islam dan memperkenalkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keperluan semasa dan sebagainya.
4)Bid`ah Makruh: sebagai contoh melakukan tambahan terhadap ibadat-ibadat sunat yang telah dihadkan, misalnya menambah tasbih, tahmid dan takbir lebih dari 33 kali atau menentukan hari tertentu, masa tertentu dan tempat tertentu untuk melakukan sesuatu ibadat kerana kita tidak mengadakan sendiri sesuatu syiar agama, melakukan perkerjaan-pekerjaan yang didiamkan Rasulullah s.a.w. dan para khulafa al-Rasyidun, misalnya berzikir secara nyaring dan seumpamanya.
5)Bid`ah Mubahah: misalnya memakan makanan yang lazat, pakaian yang cantik dan seumpamanya. Dari keterangan hadis-hadis di atas juga, boleh dirumuskan bahawa untuk mempastikan sesuatu amalan itu menjadi ibadat, ia melengkapi dua syarat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Pertama; ia harus ditunaikan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kedua; ia harus ditunaikan sesuai dengan syariat Allah SWT, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran, al-Sunnah, al-ljma` dan al-Qiyas.
Mana-mana amalan ibadat yang ditunaikan berdasarkan interpretasi mana-mana individu, apatah lagi yang tidak melengkapi syarat-syarat untuk berijtihad, maka adalah tidak boleh dinamakan sebagai ibadat, tetapi merupakan satu bid`ah yang harus ditolak, misalnya amalan sembahyang Jumaat yang berimamkan wanita, dan beberapa amalan tasawuf yang melampau.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, disimpulkan bahawa terdapat dua golongan ulama yang mempunyai konsepsi yang berbeza dalam membincangkan takrif bid`ah, iaitu al-Imam al-Syafi`ie yang cenderung membahagikan bid`ah kepada dua kategori, manakala al-Syatibi yang mempunyai pandangan sebaliknya. Dalam konteks amalan umat lslam di Malaysia, perbezaan pandangan ini harus diterima dalam suasana yang sihat dengan catatan bahawa pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam, khususnya di kalangan yang tidak mampu untuk berijtihad secara tersendiri. Selain daripada itu, umat lslam juga perlu mengutamakan perkara-perkara pokok dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan hal-hal khilafiyyah yang dikaitkan dengan isu bid`ah sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan umat lslam di seluruh dunia. Apatah lagi di kala umat lslam berdepan dengan pelbagai cabaran globalisasi dan cabaran pasca modernisme masa kini.
Sekian, terima kasih.
Bibliografi
`Ali Mahfuz (2001), al-lbda` fi Madar al-lbtida`. Beirut: Dar al-Kutub al-`llmiyyah.
Che Yusoff Che Mamat (1999), Memahami Bidaah Dari Perspektif Islam: Penqenalan, Ancaman Dan Kawalan. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Muhammad al-Ghazali (1999), Bida`ah Bukan Dari Aiaran Islam. Kuaia Lumpur: Penerbitan Daul Iman.
Al-Qardhawi, Yusuf, Dr. (1998), al-Sunnah Masdaran li al-Ma`rifah wa al-Hadarah. Kaherah: Dar al-Syuruq.
Ahmad Husni Haji Hasan (2002), Bid`ah Menurut Madhhab Svafi`i: Satu Analisis Terhadap Amalan Masyarakat Islam di Ipoh, Perak, Disertasi Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam, Uni. Malaya.
>>jailur_rashid